Indonesian Political, Business & Finance News

bharian.com.my NSTP Siapa Kami? Hubungi Arkib Lain-lain

bharian.com.my NSTP Siapa Kami? Hubungi Arkib Lain-lain

e-Media Kami Seminggu Media
| Nasional | Ekonomi | Sukan | Rencana | Hiburan | Komputer | Keluarga |
Kesihatan | Pendidikan | Sastera | Agama | Alam Sekitar |
Berita Harian : Sukan [Image]

Indra tetap tagih kelibat Tsuen Seng Hantar pada kawan!

Format Pencetak

---------------------

DI SEBALIK kejayaan Lee Tsuen Seng muncul naib Artikel di
Sukan:
juara di Terbuka Indonesia, kelibatnya pada Sukan
Sea XXI-Kuala Lumpur 2001 masih samar jika * Vietnam pentas
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya Harris pilih
menyenaraikan tiga pemain perseorangan. pemain

* Kamaruddin
Hakikatnya, aksi Tsuen Seng belum mampu menyaingi sangkal guna
kewibawaan trio elit negara Roslin Hashim, Ong pintu
Ewe Hock dan Wong Choon Hann untuk menggalas belakang
cabaran skuad badminton kebangsaan pada temasya * Marathon kekal
dwitahunan itu dalam acara individu. bola rasmi

Sukan Sea
Namun, Indra Gunawan bingkas menyatakan betapa * Sah Alex jadi
kelibat Tsuen Seng diperlukan pada temasya yang pemandu Minardi
berbaki 37 hari lagi itu berikutan persembahan * Sentuhan Korea
mantap sepanjang tahun ini, termasuk muncul naib buat skuad
juara pada dua sirkit antarabangsa - Terbuka Malaysia
Switzerland dan Terbuka Indonesia.

---------------------
Jika hanya tiga pemain perseorangan disenaraikan
sudah tentu nama Tsuen Seng akan tersisih. Tapi, [Image]
saya mengharapkan nama pemain ini disenaraikan
setidak-tidaknya dalam acara berpasukan. [Image]

Saya mahu dia beraksi dalam acara ini kerana [Image]
boleh dijadikan pendorong dan menaikkan semangat
Tsuen Seng untuk meneruskan rentak cemerlangnya
pada kejohanan akan datang, termasuk Piala
Thomas, Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun
depan.

Bayangan trio elit ini memang diakui akan
membataskan penyertaan Tsuen Seng, tetapi bagi
saya dalam usaha meningkatkan pengalamannya
beraksi di pentas antarabangsa sudah pasti kita
perlu beri pendedahan kepadanya, kata perunding
badminton negara itu, semalam.

Tsuen Seng sebelum ini disebut-sebut selaku
pemain automatik beraksi pada Sukan Sea XXI,
September ini kerana muncul naib juara Terbuka
Indonesia, Ahad lalu selepas Ong Ewe Hock meraih
gelaran juara Terbuka Malaysia sebaik saja BAM
mengumumkan nama pemain pada 8 Ogos ini.

Namun, kedudukannya kini menjadi tanda tanya
kerana Tsuen Seng dilihat hanya mampu memberi
saingan dalam sistem kiraan mata baru (7X5)
sedangkan Sukan Sea menggunakan sistem kiraan
lama (15X2).

Tambahan pula, Choon Hann dan Roslin dianggap
pesaing paling dekat dengan Tsuen Seng untuk
beraksi bagi acara individu kerana dua pemain
berkenaan sudah mencipta nama dan lebih digeruni
di pentas antarabangsa.

Saya mahu Tsuen Seng mendapat pengalaman dan
pendedahan lebih awal beraksi dalam acara
berpasukan supaya memudahkannya menyesuaikan diri
pada masa depan.

Namun, semuanya bergantung kepada budi bicara
BAM dan Park Joo-bong selaku ketua jurulatih
negara untuk menentukan kedudukan Tsuen Seng
dalam skuad negara. Saya akan menerima apa saja
keputusan mereka, kata Indra.

Dalam perkembangan lain, bekas ketua jurulatih
Indonesia dan Taiwan itu meminta pemain muda
mencontohi kejayaan Tsuen Seng dan pemain negara
yang lain seperti Roslin dan Ewe Hock.

Semua ini adalah hasil kerja keras dan tidak ada
sebarang tekanan pada diri mereka. Saya tidak
gemar pemain hanya mahu muncul juara tetapi tidak
mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum turun
ke gelanggang pertarungan.

Mereka perlu siapkan diri masing-masing terlebih
dahulu sebelum memburu cita-cita untuk muncul
juara. Hilangkan terlebih dahulu segala tekanan
supaya tidak diganggu emosi sebaik bertarung,
kata Indra.

MyAffiliate MyArchive MyClassifieds MyFactfiles MyF1
[Image] MyInfoMy MyMobile New Straits Times Business Times

Malay Mail Sunday Mail Harian Metro Metro Ahad

Computimes Business Computing

Nasional | Ekonomi | Sukan | Rencana | Hiburan | Komputer | Keluarga |

Kesihatan | Pendidikan |

Keselamatan | Sastera | Agama | Alam Sekitar | Edisi Wilayah |

bharian.com.my
------------------------------------------------------------------------
Emel webheads untuk sebarang soalan teknikal. Persoalan lain emelkan pada

editor, atau sales untuk maklumat pemasaran.
Hakcipta ) The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Balai Berita 31,

Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Powered by: Zope, Red Hat, Apache, Python, Perl
[nothing]

View JSON | Print